PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

3 February 2012

Rasulullah S.A.W

Views
as salam
seperti yg kita tau, xlama lagi maulidur rasul.. jangan time ni je nak ingat kat Rasulullah, kita ni kna sntiasa mengingatiNya.. selalulah berzikir sebab dengan cara ni secara xlangsung dapat buat kita sentiasa dekat dgn Allah dan Rasulullah.. Kita wajib ingat  sebab Baginda Rasulullah adalah kekasih Allah yang sangat sangat sangat mulia.. Baginda telah banyak berkorban demi umatnya iaitu kita sebagai khalifah di bumi ni.. Zaty sebelum ni pon jahil tentang agama, x mengambil tahu pon perkara2 wajib yang sepatutnya zaty dalami sejak dulu lagi.. tapi syukurla alhamdulillah sebab di beri kesempatan untuk berubah sebelum di cabut nyawa..

ni ada serba sedikit tentang rasulullah yang zaty cari..

Kelahiran Muhammad adalah seperti bayi lain juga. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Dia di lahirkan di Mekah pada 12 Rabiulawal tahun gajah bersamaan dengan 20 April tahun 571 Masihi. Muhammad adalah berketurunan Quraisy. Bapanya bernama Abdullah bin Abdul Mutalib. Datukn neneknya adalah ketua kaum Arab yang bertugas menjaga Kaabah yang pernah diancam oleh tentera-tentera Habsah.

Datuk Muhammad bernama Abdul Mutalib bin Hasyim dan bapa saudaranya bernama Abu Talib. Keturunan keluarganya berminat dalam perniagan dan menternak binatang-binatang terutamanya unta. Kelahiran Muhammad sudah di ketahui oleh Nabi Isa sejak Muhammad belum dikandung oleh ibunya lagi. Nabi Isa mendapat wahyu dari Tuhan bahawa seorang Rasul akan lahir ke dunia dan dialah nabi yang terakhir. 

Sungguhpun Muhammad lahir tidak berbeza dengan bayi-bayi lain, tapi keadaan keliling amat luar biasa. Aminah tidak berasa sakit sewaktu melahirkan. Muhammad lahir dengan selamat, disaksikan oleh Mak Bidan. 

Biasanya, bayi yang baru lahir sudah tentu menangis, tapi Muhammad tidak begitu, dia diam sahaja. Mak Bidan menepuk-nepuk tubuhnya, tapi Muhammad tetap diam. Keadaannya seperti orang berfikir. Matanya kelihatan bersinar-sinar seperti hendak melihat sesuatu. 



Pada waktu malam, rumah itu kelihatan terang benderang seperti bulan terang walaupun adakalanya bulan gelap. Wanita-wanita amat suka ke rumah Aminah mereka datang berduyun-duyun untuk melihat Aminah dan anaknya yang baru lahir. Mereka suka melihat bayi itu. Seolah-olah ada satu tarikan pada tubuhnya.

Bayangkanla sejak bayi lagi baginda dah mempunyai keistimewaan yang begitu HEBAT ! 
Ingatlah baginda selalu di dunia ini, insyaAllah baginda akan mengingati kita di akhirat nanti sebagai umatnya..
SUBHANALLAH !





kalau suka jangan lupa LIKE . TQ ^_^

0 comments:

Post a Comment

.Sila Komen !
.SATU pon jadi la hehe..
.Trimas . .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...