PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

8 February 2012

Mekah..

Views
Assalamua'laikum..
Mekah? Yess ! tempat di mana seluruh umat islam datang untuk menunaikan haji dan sebagainya..Harapanku agar 1 day, zaty akan bawak mak abah g sane. tempat yang paling diimpi2kan oleh seluruh umat islam.. tapi sekarang ni belom mampu lagi huhu.. InsyaAllah..

ni adr seket2 tentang Mekah yang zaty cari hehe..

Mekah ertinya membinasakan atau mengurangkan. Dinamakan Mekah kerana Tanah Haram Mekah seluruhnya, kerana Mekah mengurangkan atau menghapuskan dosa orang yang datang kepadanya, atau membinasakan orang yang melakukan kezaliman di Mekah, atau kerana Mekah menghapuskan pemerintah yang zalim dan menundukkan kesombongan mereka.


Mekah mempunyai banyak keistimewaan dan fadilatnya.

Pertama: Dajjal tidak boleh memasuki kota Mekah. Ini berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari.

Kedua: Tawaf mempunyai banyak kelebihan dengan dihapuskan segala kesalahan dengan diberi kebajikan seperti riwayat al-Tirmidzi. Begitu juga, orang yang tawaf dan solat serta memandang Kaabah mendapat banyak rahmat.

Ketiga: Kelebihan solat di Masjid al-Haram setara dengan seratus ribu di masjid yang lain seperti riwayat Ahmad.

Keempat: Mekah merupakan sebaik-baik tempat di muka bumi berdasarkan hadis riwayat al-Tirmidzi.

Kelima: Terdapat banyak tempat yang mustajab doa di Mekah seperti di belakang maqam Ibrahim, di antara dua rukun Hajar al-Aswad dan Yamani, dalam Hijr Ismail, Arafah, Mina, Mudzlifah dan banyak lagi.

Keenam: Air zamzam yang mempunyai kelebihan yang tersendiri dan dapat menyembuhkan penyakit serta ditunaikan hajat dengan izin Allah SWT. Dan lain-lain lagi.



sumbernya zaty dapat dari http://rubbertapperz.blogspot.com





indah sangat2 kan ? Inginnya zaty menjejakkan kaki di mekah..

KDAA ~





kalau suka jangan lupa LIKE . TQ ^_^

0 comments:

Post a Comment

.Sila Komen !
.SATU pon jadi la hehe..
.Trimas . .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...