30 March 2012

ADAB PERKAHWINAN ORANG MELAYU YANG BERTENTANGAN DENGAN ISLAM

Views



Zaty ada kunjung 1 blog ni, memang menarik topik yang dia bawak so zaty copy dah dah credit kan dekat dia.. Baca la ye untuk pengetahuan kita bersama..

Perihal 1:
Adakah hantaran belanja termasuk di dalam ajaran Islam?
Setelah merujuk dalil berkenaan perkara ini, sememangnya hantaran belanja tidak termasuk dalam ajaran Islam. Islam hanya meminta seorang lelaki yang ingin mengahwini seorang perempuan untuk membayar maskahwin sahaja. Maskahwin ini boleh terdiri dari emas, duit, besi atau sekadar bacaan dari Al Quran.
Maskahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
” Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka “. ( Surah An-Nisaa’ – Ayat 4 )
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi .” ( Riwayat Bukhari )
Dari hadith di atas nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat sebagaimana diberitakan Rasulullah s.a.w. pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz ) sedikit daripada ayat Al-Qur’an, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.

Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
” Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “. ( Riwayat Abu Daud )
Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
” Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “. ( Riwayat Ahmad )
Maskahwin ini yang bakal diterima oleh bakal isteri menurut ulamak tidak boleh diambil oleh ibu bapa wanita atau oleh bakal suaminya. Maskahwin ini tidak boleh digunakan untuk majlis jamuan makan kenduri kahwin.
Hantaran belanja yang kini mencecah belasan ribu RM adalah tambahan adat Melayu yang bukan untuk memudahkan proses berkahwin tetapi sebenarnya adalah untuk menyusahkan orang yang ingin berkahwin.
Perihal 2:
Adakah bersanding dan berinai merupakan ajaran Islam?
Setelah dikaji dari sumber yang sahih dari hadis dan sunnah, sememangnya adat ini juga tidak bersumber dari ajaran Islam. Ia lebih bersumberkan ajaran dari agama Hindu. Malahan adat tepung tawar yang berasal dari ajaran Hindu masih lagi dikekalkan pada hari ini.
Apa yang kita lihat dari majlis bersanding dan berinai ini lebih kepada pembaziran dan sesungguhnya didalam Al Quran dikatakan orang yang membazir Tuhan mengatakan mereka itu adalah kawan-kawan syaitan.
Disini kita faham, membazir itu sangat dibenci Tuhan, sehingga Tuhan kata “Siapa yang membazir itu adalah kawan syaitan”. Mari kita belajar apa itu membazir? Erti membazir itu ialah menggunakan nikmat Tuhan, bukan kerana Tuhan. Menggunakan nikmat dari Tuhan iaitu wang ringgit untuk disedekahkan kepada anak yatim bukan membazir kerana ia dilakukan kerana Allah.
Menyewa dan memasang peralatan pelamin lengkap dengan pelbagai lampunya bukan dapat RM400. Sudah pastinya ini adalah satu pembaziran.

Perihal 3:
Wajarkah menyediakan tepak sirih dan sirih junjung?
Pada zaman dahulu rombongan pengantin lelaki membawa tepak sirih dan sirih junjung adalah bertujuan semoga semua ahli rombongan dan pihak tuan rumah dapat bersama-sama makan sireh, maklumlah majoriti orang zaman dahulu memang makan sireh. Apa perlunya pada zaman sekarang, beli sireh, upahkan orang menyusunnya, usung ke hulu dan ke hilir sebagai tontonan dan akhirnya ke tong sampah! Adalah jauh lebih baik bawa pizza barang 5 keping yang bersaiz besar untuk sama-sama makan iaitu ahli rombongan pengantin lelaki dan pihak tuan rumah. Kalau tak nak makan, tak payahlah bawa pizza.
Sirih junjung sah barang membazir dan menyusahkan sahaja.
Perihal 4:
Apakah sebenarnya tujuan pengantin perempuan bermake up di majlis persandingan ini?
Antara jawapannya mungkin ialah:
1. Supaya aku kelihatan cantik menarik
2. Supaya orang ramai memuji aku bahawa sesungguhnya aku memanglah cantik
3. Agar aku dapat menarik perhatian orang ramai dengan kecantikan aku
4. Mungkin untuk menutup kecacatan di muka saya seperti jerawat dan jeragat
5. Engkau ingat aku ni tak cantik ke?
6. Supaya orang tertawan dengan aku melalui kecantikan wajah aku ni.
Perihal 5:
Apakah tujuan membuat majlis kenduri kahwin ini?
Berdasarkan Islam, sepatutnya majlis perkahwinan ini dilakukan bertujuan:
Mengadakan majlis walimah untuk pernikahan sepasang pengantin merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW kerana dengan adanya majlis walimah, sesuatu perkahwinan itu boleh diumumkan kepada khalayak, demikian juga para tetamu undangan boleh menghadirinya sambil bersilaturrahim dan mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin. Ia juga sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan rahmatnya iaitu seorang menantu dan tanda kesyukuran ini ialah dengan menjamu tetamu makan terutama sekali yang miskin.
Islam mengajarkan umatnya untuk mendahulukan orang fakir miskin sebagaimana mafhum hadis berikut. Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan Bukhari bermaksud: “Sejelik-jelik makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya, orang fakir dan miskin tidak diundang untuk makan bersama.”
Namun kini manusia melakukan majlis kenduri kahwin ini dengan pelbagai tujuan antaranya:
1. Memberitahu masyarakat bahawa aku mampu membuat majlis kenduri dengan penuh kemewahan dengan belanja melebihi RM20,000.00
2. Aku ini orang berduit. Lihatlah majlis kenduri kahwin ini.
3. Orang yang lebih miskin dari aku pun berani belanja lebih RM20,000.00 untuk majlis kenduri kahwin. Tak kan aku dengan gaji lebih besar dari dia tak sanggup belanja lebih RM20,000.00 untuk kenduri kahwin!!!
4. Majlis mewah seperti ini barulah sesuai dengan status aku sebagai orang berduit di kawasan perumahan ini.
5. Anak aku bukan janda atau minah kilang, kenalah buat majlis yang grand habis.
6. Biarlah orang asyik bercerita tentang kehebatan majlis kenduri aku ini. Barulah seronok.
7. Kalau aku keluar belanja RM20,000.00 tetapi dapat sumbangan RM25,000.00 bolehlah dapat keuntungan dari majlis kenduri kahwin ini.
Perihal 6:
Mengapa hantaran belanja perlu dibayar dengan bayaran yang tinggi?
Bayaran hantaran belanja yang tinggi tidak pernah disarankan oleh Islam. Sebagaimana telah kita diperjelaskan dalam perihal 1 di atas, Islam menggalakkan mahar yang rendah semoga memudahkan proses perkahwinan.
Antara tujuan mengenakan bayaran hantaran belanja yang tinggi mungkin ialah:
1. Menilai status keluarga dan pekerjaan anak dara yang ingin dikahwini. Lagi tinggi status keluarga, lagi mahal hantaran belanja. Kalau anak dara yang ingin dikahwini ini sekadar minah kilang, murahlah sikit hantaran belanja. Kalau ada degree apatah lagi kalau berjawatan tinggi seperti doktor atau jurutera atau pensyarah, kenalah letak hantaran belanja yang tinggi. Kalau artis kenalah lagi tinggi.
2. Boleh bermegah dengan masyarakat sekeliling. Maklumlah kalau hantaran belanja sekadar RM5000.00, macam mana nak bermegah.
3. Lagi tinggi hantaran belanja, lagi mewah majlis kenduri boleh diadakan. Baru ada kelas!!
4. Boleh beli set bilik tidur yang ada kelas. Nanti kalau orang masuk bilik pengantin, taklah malu atau koman sangat.
5. Aku sudah membelanjakan sekian banyak duit untuk membesarkan dan mendidik anak perempuan aku. Siapa nak kahwin dengannya kenalah sanggup keluar duit yang tinggi. Nak beli lembu seekor pun sudah lebih dari RM2000 ini kan pula anak aku!
Sebenarnya dengan meletakkan hantaran belanja yang tinggi, inilah dia tujuan sebenarnya yang tidak disedari atau dengan disedari:
1. Agar orang Melayu Islam semakin sukar dan melewatkan untuk berkahwin secara sah.
2. Menggalakkan maksiat, maklumlah nak kahwin tak mampu
3. Melatih calon menantu satu latihan yang amat penting iaitu BERHUTANG UNTUK KAHWIN.
4. Agar anak lelaki lupa tanggung jawab kepada ibu bapanya yang telah membesarkan dan mendidik untuk sekian lama. Tiba-tiba bila baru dapat degree nak kahwin, nak beri duit kepada ibu bapa sudah tiada lagi maklumlah kena menabung untuk membayar kos berkahwin yang gila habis. Bukan cukup RM15,000.00 untuk kahwin. Itu belum masuk lagi duit ansuran kereta, sewa rumah dan potongan PTPTN.
5. Agar belajar untuk AMBIL RASUAH DAN AMBIL KOMISYEN di tempat kerja agar memudahkan urusan untuk berkahwin
6. Mendidik anak Melayu dengan budaya BIAR PAPA ASAL BERGAYA
7. Agar selepas kahwin pasangan ini hidup melarat maklumlah hutang keliling pinggang. Bolehlah kelak selalu berperang suami isteri bila dah bengang.
Perihal 7 :
Bagaimana untuk mempastikan hari kenduri kahwin cuaca adalah baik tanpa hujan?
Bila kos makanan tetamu sahaja sudah mencecah lebih daripada RM15,000.00, tuan rumah mulalah naik risau kelak kalau waktu majlis kenduri kahwin hujan ribut dari pagi sampai petang, orang ramai tak datang, macam mana dengan makanan yang berlebihan dan paling penting tentunya duit sumbangan pun tak masuk, rugi besarlah. Bagi mempastikan hari kenduri kahwin tidak mengalami hujan ribut maka:
1. Pergi berurusan dengan bomoh atau dukun yang boleh menahan hujan.
2. Mengamalkan pelbagai petua orang Melayu seperti membuang pakaian dalam pengantin ke atas bumbung, meletakkan payung secara terbalik lalu meletakkan air ke dalam payung terbalik tersebut
3. Berbagai amalan karut marut lain
Mudahnya orang Melayu untuk sesat. Allah berikan rahmat dengan diberiNya menantu dibalas pula oleh manusia dengan melakukan pekerjaan syirik. Memanggil bomoh tolak hujan adalah sesat dan mengamalkan pelbagai petua seperti di atas juga adalah sesat.
Secara mudahnya tetapi sukar untuk dilaksanakan ialah untuk Allah memberikan rahmatNya dengan tidak mengirimkan hujan pada hari kenduri kahwin ialah dengan pelbanyakkanlah solat sunat terutama sekali solat malam. Mintalah kepada Allah secara terus, insya Allah majlis tersebut tidak turun hujan.
Perihal 8 :
Majlis kenduri kahwin adalah majlis untuk berbuat maksiat? Astagfirullah…
Majlis kenduri kahwin adalah majlis memberi makan kepada orang miskin dan tetamu lain sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Kalau tak mampu buat kenduri besar, buatlah sekadar saranan Islam iaitu sekadar sembelih seekor kambing. Jemputlah orang yang perlu sahaja seperti jiran terdekat dan saudara mara terdekat. Inilah latihan yang baik dari Islam sebagaimana majlis aqiqah apabila dapat anak.
Kini dalam majlis kesyukuran majlis kenduri kahwin sudah menjadi pesta maksiat dan antaranya ialah seperti berikut:
1. Membayar wang yang banyak kepada DJ, PA system, sistem karaoke, kugiran dan penyanyi. Ini namanya mengeluarkan duit untuk membeli dosa. Sila baca artikel berkaitan muzik bertajuk Hukum bermain muzik dan nyanyian menurut Islam di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/40 . Membazir sudah satu dosa. Bermain muzik dan nyanyian apatah lagi nyanyian oleh orang perempuan adalah juga dosa. Tak takut sungguh manusia dengan dosa.
2. Bergilir-gilir anak dara belajar buat dosa iaitu menyanyi secara karaoke. Inilah platform yang amat cantik untuk menjadi penyanyi macam Siti Nurhaliza, tok guru buat dosa dengan menyanyi.
3. Orang lelaki pula seronok mendengar nyanyian secara karaoke oleh anak dara. Redha dengan perbuatan ini adalah dosa dan kelak di akhirat Allah tuang besi cair ke telinga.
4. Inilah masa bagi anak dara menayang body dengan pasang badan agar dapat menarik perhatian lelaki dan lebih baik lagi kalau dapat boyfriend. Mereka pakai pakaian yang ketat, tidak menutup aurat, bermake up, berminyak wangi dengan lengang lengguk badan dan punggung untuk mendapatkan perhatian. Astagfirullah… .
5. Bagi wanita yang sudah berkahwin, ada yang menjadikan majlis ini untuk menunjukkan bahawa badannya masih cantik walaupun sudah ada anak dengan memakai pakaian pelbagai fesyen yang jauh dari kehendak Islam.
6. Menjadikan majlis kenduri kahwin sebagai majlis pesta fesyen pakaian. Ada yang terbelah mendedah peha, ada yang low cut mendedahkan buah dada yang membulat dan sebagainya.
7. Pesta bagi wanita menunjukkan kekayaan dengan memakai pelbagai barang kemas yang mahal-mahal untuk menjadi kayu pengukur kemewahan masing-masing. Allah membenarkan barang kemas tetapi bukan untuk tontonan semua orang!!!! Ada wanita yang sanggup meminjam barang kemas untuk hadir ke majlis kenduri kahwin keran takut dimalukan.
8. Kalau dikampung dimana masak memasak diadakan secara gotong royong, inilah satu pesta yang amat seronok iaitu PESTA KATA MENGATA DAN MENGUMPAT terutama sekali dikalangan orang perempuan, Astagfirullah… .
9. Tidak cukup dengan muzik dan nyanyian, diadakan pula majlis tari menari joget lambak. Yang muda dan yang tua tak sedar diri berjoget antara lelaki dan wanita, Astagfirullah… .
10. Disetengah tempat, majlis kenduri kahwin adalah majlis mengajar kanak-kanak lelaki untuk merokok kerana tuan rumah memang menyediakan banyak rokok secara percuma untuk semua penanggah. Hisaplah seberapa banyak yang diingini asalkan sanggup menjadi penanggah.
Islam menyarankan majlis kenduri kahwin tetapi realitinya majlis kenduri kahwin kini menjadi satu majlis yang mengundang pelbagai dosa, bagaimanalah Allah nak memberikan rahmatNya kepada pengantin yang baru berkahwin ini.
p/s Panjang sangat ke? aloloo kesian but anyway TAHNIAH sebab anda dapat ilmu yang baru :)

credit to mr.khairil

kalau suka jangan lupa LIKE . TQ ^_^

29 March 2012

KESALAHAN WANITA TENTANG AURAT

Views



Kesalahan 1 : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja

Kesalahan 2: Bertudung tetapi memakai T-Shirt berlengan pendek

Kesalahan 3: Bertudung tetapi bajunya sendat, sempat, nipis dan memaparkan bentuk kawasan-kawasan yang "menggoda"

Kesalahan 4: Bertudung tetapi kainnya terbelah sana sini

Kesalahan 5: Bertudung tetapi sangat longgar dan berjambul di belakang kepalanya seolah-olah bonggol unta

Kesalahan 6: Hanya memakai tudung di pejabat, kelas, masjid atau tempat-tempat tertentu sahaja Tetapi  tidak memakainya di tempat-tempat yang lain

Kesalahan 7: Bertudung tetapi tudungnya dilemparkan di belakang sehingga menampakkan bentuk dadanya

Kesalahan 8: Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehinggi menampakkan leher, tengkuk dan dadanya

p/s : Renung-renungkan dan selamat beramal : ) 


kalau suka jangan lupa LIKE . TQ ^_^

27 March 2012

Sifat Lelaki Berdasarkan 4 Unsur

Views



TANAH (1,5,9)
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.
(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima’, selalu sihat, banyak kerja.
AIR (2,6,10)
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.
(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.
API (3,7,11)
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.
(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.
ANGIN (4,8,12)
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.
(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.
(Nombor yg di sebelah tu adalah anak ke berapa dalam keluarga) 

kalau suka jangan lupa LIKE . TQ ^_^

PURDAH

Views



Lama dah zaty xupdate blog kesayangan ni kan? bukan apa, saja malas sebab belum ada mud nak update hehe.. sory ye to siapa2 yang menantikan ceciter terbaru dari blog zaty hehe..

So now zaty tiba2 dapat idea nak update pasal purdah, bukan apa.. hati zaty ni kuat sangat nak berpurdah 1 day insyaAllah but not at this time la.. Maybe lepas kawen ke? InsyaAllah hehe.. Bukan saja2 nak berpurdah ni,  Tapi, untuk pelihara mata zaty nih.. bahaya sangat sebab kadang2 terlepas pandang gak.. atleast bila pakai purdah, orang pon xdapat nak tengok muka sebenar kita n zaty sendiri dapat pelihara diri zaty dari benda2 yang x diingini n elakkan dari fitnah.. Jomla kita ramai2 bukak kan hati pakai purdah sebab pahala dia besar sangat2.. Berhias cantik2, biarlah hanya suami yang tengok.. pahala pon dapat daripada kita dok tayang sana sini kecantikkan, last2 dosa jugak yang dapat.. Cantik n indah sangat bila seseorang wanita itu berpurdah Betul x? hehe.. Ok, tu je kot yang zaty nak citer.. k Daa ~

kalau suka jangan lupa LIKE . TQ ^_^

8 March 2012

JOM TENGOK TOP 10 GAMBA YANG MENGEJUTKAN DUNIA

Views

Jom tengok top 10 gambar-gambar ni, semuanya ada maksudnya yang tersirat masing-masing.. agak tragis jugak la gambar-gambar ni kalau kita perhatikan betol-betol.. Zaty cari sumber ni untuk di updatekan kat blog atas permintaan classmate Zaty, Farid.

10.Pelarian Kosovo (Carol Guzy)

Carol Guzy, wanita pertama yang menerima Hadiah Pulitzer untuk fotografi beritatempat, menerima Pulitzer paling terkini pada tahun 2000 untuk gambar menyentuhpelarian Kosovo.

Gambar di atas menggambarkan Agim Shala, seorang budak lelaki berusia dua tahun,yang melalui pagar yang dibuat dengan kawat berduri untuk keluarganya. Beribu-ribupelarian Kosovo telah bersatu semula dan berkhemah di Kukes, Albania.

9.PERANG DIBAWAH KAKI (Carolyn Cole)
Los Angeles Times jurugambar Carolyn Cole mengambil foto ini menakutkan semasatugasan di Liberia. Ia menunjukkan kesan buruk Perang Saudara Liberia.

Selongsong peluru meliputi sepenuhnya jalan di Monrovia. Modal Liberia adalah rantauyang terjejas teruk, kerana ia adalah adegan pertempuran berat antara tentera kerajaan dan pasukan pemberontak.


8.Pembunuhan Di Thailand (Neil Ulevich)
Neal Ulevich memenangi anugerah Pulitzer 1977 untuk "siri gambar kekacauan dan kezaliman di jalan-jalan di Bangkok, Thailand" (Pulitzer.com).

Pembunuhan Thammasat Universiti berlaku pada 6 Oktober 1976. Ia adalah serangankeganasan terhadap pelajar yang berdemonstrasi menentang Field Marshall ThanomKittikachorn.

FMT Kittikachorn adalah seorang diktator yang telah merancang untuk kembali ke Thailand. Pulangan diktator tentera dari buangan menimbulkan bantahan yang sangatganas. Penunjuk perasaan dan pelajar telah dipukul, cacat, ditembak, digantung dan dibakar sehingga mati.


7. Selepas Ribut (Patrick Farrell)
Miami Herald jurugambar Patrick Farrell menangkap imej-imej yang menakutkanmangsa Haiti pada tahun 2008. Farrell didokumenkan tragedi Haiti dengan pegun hitam-putih yang mengesankan. Subjek "Selepas Ribut tersebut" adalah seorang budak yangcuba untuk menyelamatkan kereta dorong selepas ribut tropika Hanna melanda Haiti.


6.Kuasa Satu (Balilty Oded)
Pada tahun 2006, pihak berkuasa Israel mengarahkan pemindahan kota kara haram,seperti Amona. Balilty Oded, jurugambar Israel untuk Associated Press, hadir apabilapemindahan tersebut bertukar menjadi pertempuran yang ganas dan tidak pernahberlaku sebelum ini antara peneroka dan pegawai polis. Gambar menunjukkan seorang wanita yang berani memberontak terhadap pihak berkuasa.

Seperti gambar-gambar banyak dalam senarai ini, "Kuasa One" telah menjadi satu lagisubjek kontroversi utama. Ynet Nili adalah peneroka berusia 16 tahun Yahudi darigambar di atas. Menurut Ynet, "gambar seperti ini adalah tanda kehinaan bagi negara Israel dan apa yang boleh dibanggakan. Gambar kelihatan seperti ia merupakan satukerja seni, tetapi itu tidak apa yang pergi di sana. Apa yang berlaku dalam Amonaadalah berlainan sama sekali. "Nili mendakwa polis memukulnya amat kasar. "Andamelihat saya dalam gambar tersebut, satu menentang ramai, tetapi itu hanya ilusi -di sebalik banyak berdiri seorang lelaki - (Perdana Menteri Ehud) Olmert, tetapi di belakang saya berdiri Tuhan dan orang-orang Israel."


5.World Trade Center 9/11 (Steve Ludlum)
Kuasa gambar Steve Ludlum itu adalah mengejutkan, dan penerangan bertulis hanyacenderung untuk mencairkan kesan. Akibat pesawat kedua yang terhempas ke NewYork WTC dahsyat: fireballs meletus dan asap billowed dari pencakar langit yangmenjangkakan keruntuhan menara dan awan debu yang besar salahnya.


4.Selepas Tsunami (Arko Datta)
Salah satu gambar yang paling wakil dan menonjol selepas tsunami Lautan Hindi telahdiambil oleh Reuters jurugambar Arko Datta di Tamil Nadu. Beliau memenangipertandingan World Press Photo tahun 2004. Kathy Ryan, ahli juri dan editor gambarmajalah New York Times, dicirikan imej Datta sebagai "gambar grafik, sejarah danstarkly emosi."

"Selepas Tsunami" menggambarkan seorang wanita India yang berbaring di atas pasirdengan tangannya terdepa, berkabung ahli keluarga yang telah meninggal dunia.Saudaranya telah dibunuh oleh salah satu bencana dahsyat semulajadi yang kita telahpernah melihat: tsunami Lautan Hindi.


3.Tragedi Gas Bhopal 1984 (Pablo Bartholomew)
Pablo Bartholomew menewaskan India yang diiktiraf yang menawan Gas TragediBhopal ke dalam kanta. Dua puluh enam tahun telah berlalu sejak bencana perindustrianpaling teruk di India cedera 558.125 orang dan membunuh ramai sebagai 15.000.Kerana piawaian keselamatan dan prosedur penyelenggaraan telah diabaikan di Union Carbide India Limited (UCIL) racun perosak tumbuhan di Bhopal, kebocoran gas metilisosianat dan bahan kimia lain yang mencetuskan bencana alam sekitar dan manusiasecara besar-besaran. Jurugambar, Pablo Bartholomew bergegas untuk mendokumentasikan malapetaka. Dia terserempak dengan seorang lelaki yang telahmenanam kanak-kanak. Adegan ini telah difoto oleh kedua-dua Pablo Bartholomew dan Raghu Rai, lain menewaskan India yang terkenal. 

2.Operation Lion Heart (Deanne Fitzmaurice)
Anugerah Hadiah Pulitzer menang menewaskan Deanne Fitzmaurice memenangianugerah yang sangat dihormati dalam tahun 2005 bagi esei fotografi "Operasi LionHeart."

"Operasi Lion Heart" adalah kisah seorang budak lelaki berusia 9 tahun Iraq yangcedera parah oleh letupan dalam salah satu konflik yang paling ganas dalam sejarahmoden - Perang Iraq. Budak itu telah dibawa ke sebuah hospital di Oakland, CA di mana beliau terpaksa menjalani berpuluh-puluh pembedahan hidup dan mati.Keberanian dan keengganan beliau mati memberinya nama samaran: Saleh Khalaf,"Jantung Lion".

Gambar-gambar yang mengejutkan deanne Fitzmaurice berlari di San Francisco Chronicle dalam siri lima bahagian yang ditulis oleh Meredith Mei.


1.Tragedi Omayra Sanchez (Frank Fourier)
Frank Fournier menangkap imej yang tragis Omayra Sanchez yang terperangkapdalam lumpur dan bangunan runtuh. Letusan gunung berapi Nevado del Ruiz di Colombia 1985 mencetuskan tanah runtuh besar-besaran. Ia memusnahkan bandar-bandar dan membunuh 25,000 orang.

Selepas 3 hari bergelut, Omayra mati akibat hipotermia dan gangren. Kematian tragisbeliau menyerlahkan kegagalan pegawai untuk bertindak balas dengan cepat danmenyelamatkan mangsa-mangsa bencana terburuk asli Colombia sentiasa. FrankFournier mengambil gambar ini sejurus sebelum Omayra meninggal dunia. Kematianagonizing beliau diikuti secara langsung di TV oleh beratus-ratus juta orang di seluruh dunia dan memulakan kontroversi utama.

#zaty translate guna google translate, sorry kalau words dia xbetol sangat hehe : )


kalau suka jangan lupa LIKE . TQ ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...