PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

28 February 2012

Scene Kantoi Vanilla Coklat

Views

Mesti ramai giler yang minat dengan citer Vanilla Coklat kan? Termasukla zaty sendiri sampai zaty pon pernah wat entry pasal citer ni.. so, apa kata kita tengok scene kantoi diorang ni.. apa la agak2nya perangai diorang yang sebenar2 kan? hehe.. jom usha !





Hehe.. kiut kan? : )




kalau suka jangan lupa LIKE . TQ ^_^

Video kantoi Meniru Time Exam

Views

Hahaa.. tips yang bagus untuk meniru but at last...........



kalau suka jangan lupa LIKE . TQ ^_^

Mayat Isteri Di Ruang Tamu

Views
Pelek2 je zaman sekarang ni kan, terlalu sayangkan manusia sampai xsanggup nak kebumikan mayat tu..


ni citer tentang seorang manusia pelik -.-'

Jeff Green yang berasal dari Arizona telah menderita sejak pemergian isterinya. Untuk mengubat kerinduan serta mengatasi penderitaan itu selepas isterinya meninggal kerana penyakit jantung, Jeff sanggup lakukan apa sahaja.
Walaupun, isterinya memberitahu Jeff sebelum dia menghembus nafas terakhir yang mereka akan begitu di syurga, Jeff tetap tidak dapat menerima hakikat tersebut.
Jadi dengan persetujuan pihak rumah mayat, Jeff telah menjadikan mayat isteri sebagai hiasan dalam meja kopi kaca. Meja Kopi Kaca ini ditempah khas dan boleh menghilangkan bau busuk mayat. Meja ini bernilai lebih dari RM 20,000


Sumber http://edisikini.com/mayat-isteri-hiasi-ruang-tamu/#ixzz1nkFEBReh

kalau suka jangan lupa LIKE . TQ ^_^

27 February 2012

Gamba Haiwan Obesiti.. So Kawaiiii !

Views

Jom santai2 sambil rilexkan minda dengan tengok gambar2 haiwan yang obesiti ni hehe

kucing


kucing

koala kot?

rabbit

monyet

hamster

itik

beruang

lembu

ikan jerung

itik

bangau

pingu
(tibe2 tringat kat kawanku matun he2)
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
^
ALAAA TOMEI2 ! hehee

So, korang pilih2 la yang mana satu haiwan yang macam korang biler korang agak 'besar' nanti.. zaty nak macam kucing tu laaa ! hehe (0ops ! mintak dijauhkan hehe)

kalau suka jangan lupa LIKE . TQ ^_^

Ada Guna ka Baca Quran tapi XPaham??

Views





ok ! Zaty dah pernah post kat fb hari 2.. Tentang al-Quran.. Xderla pa2 sangat pon, juz zaty post pasal dalam masa 3 hari kalau kita xbaca Al-Quran, hati kita ni akan timbul bintik hitam.. sekarang ni korang fikir2 kan la balek bila last korang baca al-quran? kalau korang nak tau, baca al-quran ni banyak sangat2 manfaat n syafaat nya. nanti, kat akhirat akan ada seorang lelaki yang HENSEM sangat2 sangat2 sangat2 yang akan menemani kita.. n Dia bukannya teman saja2  ja taw, Dia lah yang akan bantu kita setiap kali kita menghadapi kesukaran.. SyafaatNya banyak sangat2, dan sebagai contoh bila Malaikat Munkar dan Nakir (xsilap aku, dan tegur jika salah) cakap MAROBBUKA.. MAROBBUKA.. dan bertanya tentang soalan2 Nya..
Maka, lelaki HENSEM tersebut la yang akan membantu dan menjawab soalan2 itu.. Nak tau x siapa lelaki HENSEM 2? Dialah Al-Quran yang telah kita baca dan amalkan bila kita hidup di dunia... MasyaAllah.. Kita masih xnak baca al-quran ka? belom lagi solat kita kan? 

Baiklah, zaty nak bagitau.. Walaupun kita ni xpandai dalam terjemahan al-quran termasok zaty sendiri.. Tapi sekurang-kurangnya banyak kelebihan lagi yang kita akan dapat.. Kita akan 'bersih' dari luaran dan dalam.. Tapi sebaik2nya cubalah kaji dan memahami maksud al-quran... (nasihat untuk zaty sendiri) 
SO, faham2 la apa yang zaty cuba nak sampaikan n selamat beramal ! HEHE.. 

Yang buruk datang dari zaty sendiri, Yang baik itu dari Allah S.W.T 
Wallahhua'lam.. :)

kalau suka jangan lupa LIKE . TQ ^_^

Gempar Kitab Injil Berusia 1500 Tahun Dijumpai

Views

Zaty memang pernah dengar kisah kitab Injil ni daripada ceramah Ustaz Don Daniel dekat Pusat Penerangan Kuching ari 2.. Dalam ceramah tu ada bagitau bahawa pernah seorang sahabat Nabi Isa bertanya kepada Nabi Isa adakah ada orang lain yang lebih mulia dariMu? Maka jawab Nabi Isa, akan ada seorang yang lebih mulia dariKu pada masa akan datang sehinggakan Aku tidak layak untuk memakaikan kasut kepadaNya.. (kalau ada silap sikit tolong perbetulkan zaty tapi ayat dia lebih kurang macam ni la) 

Sekarang ni, ayat ori dari kitab injil telah diubah-ubahkan.. sebab 2, banyak versi kitab injil sekarang ni.. Mungkin kitab injil yang ori adalah kitab injil yang ditunjukkan ni..



Satu naskhah kitab Injil berbahasa Arami berumur lebih 1500 telah ditemui di Turki…mengandungi pernyataan Nabi Isa a.s bahwa Muhammad adalah sebagai RASUL yg akan datang selepasnya….!!

kejadian ini benar2 telah menggemparkan pusat kristian dunia di Vatican, Rome.
NASKHAH injil tersebut sebenarnya sudah ditemui sejak 12 tahun lalu…namun atas desakan dan permintaan kuat pihak gereja ia telah dirahsiakan…kerana bimbang ada persamaan terhadap pernyataan al-Quran bahawa Nabi Isa a.s sendiri sudah pun memberitahu tentang kedatangan Ahmad( Muhammad) saw….


Sumber http://edisikini.com/gempar-kitab-injil-berusia-1500-tahun-dijumpai/#ixzz1ndxNFcl9

kalau suka jangan lupa LIKE . TQ ^_^

Jaga Aurat Kawan-kawan

Views


Jika kalian nak post gambar di facebook, twitter dan blog . Sila tutup aurat. Berat nanang kalo di ushar lama-lama.Kekadang teguran kepada kebaikan macam ini. Kena keras sedikit. Kita ada agama yang paling mulia daripada agama-agama lain. 

Ok kawan-kawan. Ingat aurat anda. Ingat dosa..

Wallahualam

pic kredit:Facebook
sumber :pemudattbc


kalau suka jangan lupa LIKE . TQ ^_^

Kisah Mayat Bayi Misteri

Views

Gambar-gambar di bawah ini adalah mengenai bayi yang dah mati Thailand . Ibu bapanya x nak mengebumikan/membakar mayat bayi ini, so diorang simpan baby 2 kat kuil. Lepas beberapa kali tukar kuil tempat simpanan, akhirnya , jelmaan baby 2 muncul dalam mimpi Ibu bapa baby tersebut , meminta dibawa balik rumah sendiri. Apa yang pelik, walaupun dah mati, bayi itu tu masih melalui proses pertumbuhan...rambut dan kuku makin panjang..



menakotkanlaa -.-'


sumber:malaysiasensasi.net

kalau suka jangan lupa LIKE . TQ ^_^

Pelukis Kartunis Nabi Muhammad di bakar Api sampai mati?

Views

Ingat x yang zaty pernah post tentang '2 Contoh Akibat Menghina Nabi Muhammad' ? zaty dah pernah post ari 2, tapi mesti ada yang lom baca kan? nah klik SI NI kalau nak baca.. ok2, ni salah seorang yang menghina Nabi Muhammad dengan melukis kartun dan menghinaNya.. Memang sangat kurang terajar betol.. 

Laki ni Kurt Westergaard, lelaki yang melukis kartun Nabi Muhammad S.A.W dengan niat untuk menghina Islam suatu ketika dulu. Allah S.W.T telah bakar lelaki ini dalam api. Banyak cubaan untuk membunuh lelaki ini tetapi ramai yang mati ditembak oleh polis yang mengawal lelaki ini. Dengan kuasa Allah S.W.T, walaupun dijaga rapi oleh pihak polis. Api yang datang dari mana entah, membakar lelaki ini. 








                                                                     



Baru balasan dari dunia, belom akhirat lagi..
Allahuakhbar !

kalau suka jangan lupa LIKE . TQ ^_^

26 February 2012

12 Barisan Di Akhirat Nanti

Views






Suatu ketika, Muadz bin Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong jelaskan kepadaku mengenai firman Allah SWT: Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" (Surah an-Naba':18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muadz, engkau telah bertanya kepada aku, perkara yang amat besar, bahwa umatku akan dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...."

Maka, dijelaskanlah oleh Rasulullah ke 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan durhaka, mereka memelihara sholat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..." 


Sumber | segalanyadisini2.blogspot.com/

kalau suka jangan lupa LIKE . TQ ^_^

25 February 2012

Patung Jesus Disambar Petir

Views

Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah S.W.T.. Hanya tu ja yang mampu zaty cakap :)

before :

after:








kalau suka jangan lupa LIKE . TQ ^_^

24 February 2012

jom join contest 'i love being awesome contest'

Views

yeahh !jom ramai2 join contest ni.. dapat hadiahh woo hehe.. nak tau apa contest ni??
 jomla picit SI NI : )


jom la join.. xrugi pon taw, untung lagi ada la hehe : )


kalau suka jangan lupa LIKE . TQ ^_^

Lirik Lagu Penerang Hati by 6ixth Sense ft Saujana

Views

Diz is my new song ! oooyeah ! haha.. LOVE IT ! ni zaty nak bagi lirik lagu sekali, baru best korang nak nyanyi2 kan? hehe..

Mencinta Mu tenangkan jiwa
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku

Oh takkan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Jangan pernah kau menjauh
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

: )

kalau suka jangan lupa LIKE . TQ ^_^

Nikah Khitbah untuk Menghalalkan Hubungan Terlarang : )

Views

Now zaty nak ceciter siket pasal Nikah Khitbah.. xtau ke??? hehe.. kalau xtau.. banyakkan la membaca n kaji lagi pasal ni keyh.. Mungkin ada yang kurang setuju dangan Nikah Khitbah ni sebab walaupun dah bernikah, tapi duduk secara berasingan, kan elok seseorang yang bernikah duduk sama2 n serumah..ok ! Cuba kita pikir kan balik, macam mana dengan student2 or remaja2 sekarang ni yang mengamalkan hidupan SO SIAL, ? lebih baik nikah je kan.. Orang pon xla geli geleman nak tengok Aksi Bikin Panas korang tuh.. n ada satu lagi persoalan zaty, Antara Nikah khitbah yang menghalalkan hubungan walaupun berjauhan dengan Belom nikah tapi seolah-olah 'menghalalkan' hubungan, yang mana lebih baik? fikirkan lah ye.. ini bagi pendapat zaty.. 

ni ada citer yang zaty amik dari iluvislam

excited pulak laki ni kan? hehe
Kahwin jenis ini adalah pasangan tersebut bernikah tetapi dibolehkan tinggal secara berasingan (sepanjang tempoh pengajian). Istilah dalam bahasa melayu dikenali sebagai 'nikah gantung'.
Yang manisnya atau kelebihan kahwin macam ini banyak manfaatnya terutama mendapat redai Allah S.W.T. Pasangan boleh belajar bersama-sama, keluar bersama-sama tanpa ada rasa segan silu dan bersalah kepada Allah S.W.T, ibu bapa dan rakan-rakan.
Bebas untuk berpegangan tangan dan sebagainya malah setiap apa yang dilakukan mendapat pahala di sisi Allah dan malaikat sentiasa mendoakan kesejahteraan pasangan tersebut. Menarik lagi, dapat jalani kehidupan yang sah dan diberkati dalam "couple" dan sentiasa komited bagi berjaya dalam pelajaran.
Nikah khitbah ini ada terjadi kepada salah sorang rakan penulis. Memang penulis akui sangat cemburui akan mereka. Kenapa tidaknya, mereka bebas untuk berjalan bersama-sama, bermesra dan sebagainya. Masa tempoh belajar memang mereka tinggal berasingan. Yang menarik bagi penulis, tamat saja tempoh pengajian diploma lebih kurang tiga bulan, penulis dapat berita zaujah (isteri) dia sudah mengandung anak sulung mereka. Alhamdulllah. Mungkin sekarang sedang menunggu kehadiran insan baru dalam hidup rumah tangga mereka. Maniskan, insyaAllah.
BEST KAN?? 


kalau suka jangan lupa LIKE . TQ ^_^

Aku dah bertunang ke??

Views



Zaty ni asyik2 cakap pasal bab2 kawen kan, xsabar nak kawen agaknyer zaty ni? haha.. macam ni, zaty akui zaty memang dah 'berpunya' n zaty pon seorang yang beragama islam..so, macam yang kita tau, bercinta sebelum nikah ni memang xboleh.. sebaik2 nya nikah la untuk menghalalkan hubungan kan.. zaty pon nak menghalalkan hubungan zaty ni.. pernah dengar x, dari ceramah Ustaz Azhar Idrus or mana2 la tentang Bertunang mengikut syariat islam? Bagi yang masih belum tau, seseorang itu telah  secara tidak langsung rasmi sebagai tunangan orang apabila pihak lelaki melamar pihak perempuan contohnya - 
 "Anje.. saya nak sangat menikah dengan awak, sanggup x awak menikah dengan saya?'' lalu yang si Anje pon menjawab "Yes my lalink ! saya sudi jadi wife awak''

Haha.. tu bukan zaty ye.. saja2 nak wat dialog camtu.. ok2.. sambung topik tadi.. mesti korang dah faham kan? so, kepada kawan2 zaty kat luar sana yang dah pernah melafaz macam apa yang zaty gitau ni xkira face 2 face ka, tengah ber'koling' ka, or melalui mesej ka.. semuanya tetap sama dan korang dah dikira bertunang.. dan hukumnya, haram bagi seseorang lelaki untuk 'mengacau' tunangan orang.. ada faham??? yang ada hantaran n macam2 tu semua cuma lah adat melayu kita.. biasala.. melayu ni banyak adat2 nya kan..? hehe..
itu saja dari zaty.. : )

kalau suka jangan lupa LIKE . TQ ^_^

23 February 2012

9 MIMIPI NABI MUHAMMAD S.A.W

Views

Mimpi ni kadang2 mainan tidur, tapi ada jugak sebagai petanda seseorang..contohnya macam mak zaty dulu pernah mimpi air macam banjir giler.. melimpah2.. rupa2nya tu tanda kami sekeluarga menghadapi kesusahan.. n zaty pulak dulu selalu mimpi ular banyak2 datang.. ada orang cakap mimpi ular ni maksudnya ada orang nak hanta 'benda' kat kita, ada pulak yang kata ada orang nak masuk meminang.. wallahhua'lam haha.. : P 
melalot2 pulak dah aku nih (cakap utara seket) =.=' ok, zaty nak gitau pasal mimpi Nabi Muhammad.. bacalah keyh dan jadikannya sebagai peringatan dalam kehidupan kita  : )



Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata,Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan... 

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBU BAPANYA

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah,maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah. 

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapiSOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu. 

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWTmemberi minum hingga ia merasa puas. 

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan,setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku. 

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri didalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang menderang. 

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUS-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya. 

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

*banyakkan selawat ke atas Nabi taw !!

kalau suka jangan lupa LIKE . TQ ^_^

2 Contoh Akibat Manusia yang Menghina Nabi Muhammad

Views

Antara orang yang paling zaty benci sangat2 adalah orang yang Menghina Allah, Menghina Rasulullah dan Menghina Islam.. mungkin zaty xmampu nak buat apa2 tapi mereka ni kalau xkena azab kat dunia ni, mereka tetap xkan terlepas dari terkena azab akhirat.. tunggulaaa ~  ni ada 2 orang yang dah menghina Nabi Muhammad dan kena balasan dekat dunia.. dunia ja baruu..



Kerana menghina Nabi Muhammad SAW pasangan suami isteri terpaksa menutup hotel mereka kerana kekurangan pelanggan.Hotel itu terpaksa di lelong kerana tidak lagi menampung kos operasi.Walaupun mereka terlepas tuduhan menghina Nabi Muhammad SAW di makhamah dan juga mendapat bantuan kewangan daripada penganut kristian masih lagi tidak mampu membayar semua hutang mereka.


Yang kedua seorang kartunis yang melukis gambar Nabi Muhammad SAW bersama badan seekor anjing berasa tidak selesa tidur di rumah sendiri.Kartunis itu Lars Vilks berasal dari Sweden kini hidup dalam ketakutan.
Inilah akibat cuba mengganggu gugat keamanan umat Islam dan Nabi Muhammad SAW.Mereka tidak percaya dengan BALASAN tuhan.Kita umat Islam marilah kita bersama-sama menyintai nabi kita Nabi Muhammad SAW  kerana dialah sebenarnya idola yang sepatut kita ikut.

(sumber iluvislam)





kalau suka jangan lupa LIKE . TQ ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...